Hit Me

Sunday, June 15, 2014

Muntah dan cirit-birit

Dah 2 hari dah Aisya muntah2 dan cirit-birit. Lepastu demam. Makan/minumlah apa saja hatta susu badan, tak sampai seminit muntah balik. Al-kisah yang saya syak adalah berpunca dari kuman2 di hospital. Haritu pi melawat MIL saya admitted sebab food poisoning. Dehydrated. Sampai lembik tak mampu nak berkata-kata. Mungkin berjangkit plak kat cucu pompuan dia ni.


Tengok tu, melepet je. Tapi Aisya still nak makan dan minum. Alhamdulillah. Sebenarnya dah dapat banyak desakan supaya rujuk ke klinik/hospital. Tapi nape ek saya masih bertahan? Bukan degil tapi keadaan Aisya masih boleh dikawal. Of coz sume ni dengan izin Allah jua. Jadi sepanjang menjaga Aisya, ini ikhtiar awal kami suami/isteri:

  1. Bagi 4Life TF Advance berbiji-biji untuk menghapuskan si kuman. Dia bertindak macam antibiotik & no harm at all malah sangat selamat untuk bayi. Saya suka sebab dia bukan drugs
  2. Bagi 4Life Probiotic untuk jaga usus. Dia sama macam minuman kultur di pasaran tapi dalam bentuk kapsul. Saya lebih suka begini daripada beri minuman yang ada kandungan gula tinggi. Lagipun saya kira kurang sesuai untuk Aisya yang baru setahun ni 
  3. Nak try tips kawan2 yang alami masalah sama. Katanya untuk atasi muntah, sangai beras sampai kekuningan/hangus sedikit (tanpa minyak) kemudian rendamkan dalam air masak dan bagi minum. InsyAllah sat lagi nak buat la ni
  4. Bagi air garam yang dibekalkan oleh doktor untuk elakkan dehydrated. Yang ni macam air isotonik gak kan? Memang saya standby dalam botol air sepanjang masa. Lepas muntah je saya bagi minum 
  5. Untuk demam, kena rajin jerlum dengan air tak pun kerap bagi mandi. Semalam cek suhu Aisya 38.6ºC. Apa lagi kita bagi mandila. Hahaha
  6. Sebagai umat Islam, kembali kepada Allah. Doa dan tawakal. Setakat yang termampula aku buat. Baca Al-Fatihah, ayat lazim, Bismillah 5, baca Al-Quran, perdengarkan ayat ruqyah, selawat
Selagi boleh pantau saya cubalah. Kesian kalau sampai nak kena drip bagai. Semoga ikhtiar kami ni mendapat keizinan dari Allah. Mana yang baik saya kongsikan dan bukannya kena follow 100%. Ye idak? Pokok pangkalnya fikir dulu sebelum buat. Ada masa nanti saya kongsikan pula hasil/keberkesanan senarai ikhtiar tadi. ♥

p/s: Ini adalah amalan saya berdasarkan pengetahuan, pendapat dan pengalaman orang lain saja. Bukan pakai hentam saja. Sekiranya penyakit berlarutan, sila rujuk doktor.

Tuesday, March 4, 2014

Saya dan 4Life (bahagian 2)

Kisah ini berlaku tahun lepas (Ogos 2013)

Anak saya, Ahmad Izhar Aisy, tiba2 diserang demam. Badannya panas sgt.. suhu mencecah 39ºc. Takmau minum, minum cuma sedikit sangat, tak mahu makan, cuma sesuap, itupun tak lama muntah semula..lemah..
Macam2 usaha dah dibuat.. 3 klinik dah pergi..6 hari demam... bergugus-gugus set ubat. Check darah di klinik kerajaan pun tiada virus.. tak mau bermain.. terbaring sahaja mintak dipeluk. Bila dimandikan sampai menggigil, panas cuma hilang sekejap sahaja.


Lagi menyedihkan.. semasa tu birthday dia yang ke 2 tahun... dia tengah lemah sangat ..potong kek pun menangis. Disebabkan risau terus pegi bawa ke klinik lagi dengan harapan nak check darah.. tapi pegi klinik swasta kan.. doc kata demam (tau la demam) dapat ubat lagi..sumbat lagi ubat melalui punggung..namun tiada kesan.. suhu badan cuma turun sedikit dan sekejap sahaja.



Akhirnya.. saya ambil 5 biji kapsul 4Life Transfer Factor Advance, saya buka kapsul, campur dengan sedikit air masak, saya masukkan dlm syringe, terus saya bagi pada anak. Tiada masalah, sebab rasanya seperti susu..
Pada keesokan harinya, Izhar bangun tidur, dan perkara pertama yang dia minta adalah nak minum air & nak makan nasi.. panas badan mula hilang.. muntah kahak.. berak banyak dan berlendir. Dan mula kembali ceria..dan bermain seperti biasa.. yang paling penting.. senyumannya kembali..

Alhamdulillah.. Syukur kami kepada Allah s.w.t.. kerana telah menyembuhkan anak kami.. Sesungguhnya Allah swt yang berkuasa menyembuhkan.. Kita cuma berikhtiar, berusaha dan berdoa kepadaNya.



* * * *
Saya, Nur Zahirah, rakan pengedar sah 4Life Transfer Factor # 8151563 di Putrajaya/ Kajang/ Bangi. Free consultation yang pastinya.

Tuesday, February 18, 2014

Saya dan 4Life

Setelah 7bulan hubby saya join, akhirnya saya pun menawarkan diri untuk turut serta. Kenapa? Sebab saya nak consume untuk diri sendiri dan anak2 dulu untuk merasai keberkesanan produknya. TF Advance, TF Chewable, Riovida, Enummi Lotion, TF Renewall, NutraStart. Alhamdulillah, dengan izin Allah, terbukti keberkesanannya. Of coz la, sebelum kenalkan produk pada orang kita bertanggungjawab la pada diri kita dulu barulah orang yakin. Kan? Ada kisah tentang anak pertama saya yang kena demam virus tahun lepas. Apa saya buat?

posted from Bloggeroid